Potong Peruntukan, PM Hukum Rakyat – Nazri

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz termasuk antara lima ahli Parlimen Dewan Rakyat UMNO yang dipotong peruntukannya oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Malaysiakini, Nazri berkata, apa yang dilakukan Presiden Bersatu itu sebenarnya merupakan hukuman kepada rakyat Padang Rengas yang diwakilinya.

“Dia (Muhyiddin) kena ingat, kalau dia nak hukum saya, bukan saya (yang menanggungnya). Ini rakyat tau? Dia menghukum rakyat.

“Saya dah sokong bajet, dia bertanggungjawab untuk memastikan rakyat di Padang Rengas mesti mendapat peruntukan yang dijanjikan kepada ahli parlimen lain yang menyokong bajet,” katanya memetik Malaysiakini.

Nazri menambah, Perdana Menteri perlu menunaikan janji yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021 kerana rakyat Padang Rengas berhak mendapatkan peruntukan itu.

Walau bagaimanapun Nazri dilihat enggan memberikan komen lanjut.

“Terserah kepada dia jika dia nak mendiskriminasi rakyat di Padang Rengas.

“Wang itu tiada kena-mengena dengan saya, tugas saya hanyalah menyerahkan peruntukan itu kepada rakyat.

“Sekiranya orang tanya saya, saya akan beritahu mereka PN tak bagi peruntukan, itu saja,” katanya.

Sebelum ini, pada 3 Februari, Presiden UMNO,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk mendedahkan peruntukan kawasannya – dan empat ahli parlimen Umno yang lain – dipotong daripada RM3.7 juta menjadi RM100,000.

Ahli parlimen lain yang dipotong peruntukannya termasuk Nazri, Datuk Seri Najib Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Untuk rekod Nazri dan Ahmad Jazlan adalah antara ahli parlimen yang mengumumkan pendirian mereka untuk tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Langkah itu menyebabkan status dukungan yang diterima ahli Parlimen Pagoh itu menjadi persoalan. Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen UMNO sendiri mendakwa Muhyiddin kini sudah tiada majoriti di Parlimen.

Ketika ditanya apakah Nazri dihukum kerana secara terbuka menarik sokongannya terhadap Muhyiddin, dia menjawab: “Saya tidak kisah. Saya tidak peduli.”

“Saya tak tau, saya tak boleh speculate, tapi tanya dia (Muhyiddin).

“Tapi saya nak beritau, kami semua telah delivered, luluskan budget.

“Kita tunai kita ada janji, jadi sepatutnya peruntukan-peruntukan yang diberi kepada wakil rakyat, mesti dapat, kita dah sokong,” katanya lagi.

Bagaimanapun, MP Padang Rengas selama lima penggal itu berkata dia tidak akan merayu kepada Muhyiddin walaupun dia berasakan rakyat yang diwakilinya berhak mendapat peruntukan sama seperi ahli Parlimen kerajaan PN.

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...