Akhirnya, Prabowo tiba di Malaysia bertemu Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto tiba di Malaysia untuk mengadakan lawatan kerja pada 9 Januari 2025.

Ketibaan Prabowo disambut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

Wisma Putra dalam kenyataan media memaklumkan, ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden pada Oktober 2024.

“Lawatan ini adalah cerminan hubungan istimewa di antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosio-budaya, pertahanan, dan keselamatan.

“Semasa lawatan ini, Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pemimpin akan membincangkan kerjasama dua hala dan meneroka potensi kerjasama baharu untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara. Perdana Menteri juga akan turut meraikan Presiden Prabowo Subianto dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup,” katanya.

Dengan Malaysia mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh Pembinaan Komuniti ASEAN, kerjasama serantau, serta menangani cabaran global.

“Pada tahun 2023, Republik Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (USD24.39 bilion).

“Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (USD20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (USD20.69 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2023,” katanya.

Pada 23 Disember 2024, Anwar memaklumkan pertemuan dua negara antara Malaysia dan Indonesia ditangguh beberapa hari memandangkan Presiden Indonesia Prabowo Subianto demam.

Bagaimanapun Setiausaha Kabinet Indonesia Mayor Teddy Indra Wijaya menjelaskan bahawa Presiden Indonesia itu membatalkan kunjungannya ke Malaysia untuk bertemu dengan Anwar bukan kerana demam atau tidak sihat seperti yang didakwa.

Menerusi laporan daripada kompas TV, Teddy berkata Presiden Prabowo perlu segera kembali ke Indonesia untuk menyelesaikan beberapa urusan penting negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat