Rakyat Sabah Muak Pemimpin Sering Berebut Kuasa – Rahman Dahlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik di Sabah dikritik kerana tidak memberi ruang kepada rakyat negeri itu ‘bertenang’ daripada gelora politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi(MKT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, rakyat Sabah berhak mendapat kestabilan politik bukannya terus dibebani dengan kerencaman perebutan kuasa di kalangan pemimpin.

“Apakah tiada langsung, walaupun sekelumit, perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi? Takkan asyik berpolitik 24jam!

“Rakyat Sabah pun berhak mendapat kestabilan politik. Mereka berhak untuk mendapat ruang untuk bernafas daripada semua kekalutan politik,” bidas Abdul Rahman dalam hantaran Facebooknya, semalam.

Beliau malah mengingatkan bahawa rakyat marah, mual dan muak dengan politik.

“Kesabaran” dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi.

“Ianya salah satu tiang seri demokrasi. Kalau tiada kesabaran, demokrasi akan pincang,” ujar beliau lagi.

Abdul Rahman berkata demikian susulan krisis politik semasa di Sabah yang melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bung Moktar pada Jumaat selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan BN dan Umno Sabah menarik balik sokongan mereka kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Hajiji bagaimanapun masih memperoleh jumlah majoriti dan mahu terus mentadbir Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat