Maszlee Kena Menang PRU16 Dulu Kalau Nak Jadi Menteri – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Maszlee Malik perlu menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya ingin dilantik Menteri Pengajian Tinggi atau Menteri Pendidikan, bidas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi memberi respons sinis kepada Maszlee yang sebelum ini pernah mengkritik pendidik lebih layak mengisi jawatan itu berbanding orang politik.

“Mungkin boleh lantik dia (Maszlee) kalau dia menang dalam pilihan raya umum nanti,” kata Khaled yang juga Naib Presiden Umno pada sidang media selepas merasmikan Karnival Penyelidikan Universiti Malaya (UMRC) siri ke-5, lapor FMT pada Isnin.

Pada 30 Disember lalu, Maszlee selaku bekas Menteri Pendidikan menggesa orang politik tidak dilantik ke jawatan berkenaan selepas PRU16.

Katanya, jawatan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.

Menurutnya, ruang akademik tidak boleh “dicabul” orang politik dan sepatutnya diterajui mereka yang arif dalam bidang pendidikan.

Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 hingga Januari 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat