Trump Sahkan Tidak Akan Hadiri Majlis Angkat Sumpah Biden

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah penggantinya, Joe Biden, yang dijadualkan pada 20 Januari ini.

Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi ciapan di laman Twitternya pada Jumaat, beberapa jam selepas menjanjikan peralihan kuasa yang aman.

Dalam pada itu, menurut sumber, terdapat perbincangan di White House yang mengatakan Trump akan meninggalkan Washington pada 19 Januari – sehari sebelum majlis angkat sumpah Biden.

Beliau juga dijangka akan pergi ke resortnya, Mar-a-Lago di Florida.

“Kepada semua orang yang bertanya, saya tidak akan menghadiri pelantikan (Biden) pada 20 Januari,” tulis Trump di Twitter.

To all of those who have asked, I will not be going to the Inauguration on January 20th.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 8, 2021 – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat