Banjir Di Beberapa Negeri Beransur Pulih, Henti Tular Berita Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Johor, Kelantan, Pahang dan Perak beransur pulih malam ini dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, di PAHANG, jumlah kematian lemas akibat banjir meningkat kepada tujuh orang dengan kes terbaru membabitkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan banjir di Jalan Kampung Sangkoh, Kuala Tembeling, kira-kira 171 kilometer (km) dari Kuantan.

Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas banjir di antara sembilan daerah di Pahang.
Dalam pada itu, polis menafikan dakwaan berlaku kejadian kepala air di Cameron Highlands seperti video yang ditularkan di media sosial dan meminta mereka yang menerima video tersebut supaya tidak menyebarkannya kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Menurut polis, rakaman video berdurasi dua minit yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak semalam itu dipercayai berlaku di Indonesia.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menafikan dakwaan kononnya TNB melepaskan air dari empangan di Cameron Highlands sehingga memburukkan situasi banjir di Lipis.

Situasi berbeza di TERENGGANU apabila jumlah mangsa meningkat kepada 13,220 orang pada malam ini berbanding 13,092 orang petang tadi membabitkan tiga daerah iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu sebanyak 11,132 orang daripada jumlah keseluruhan mangsa di negeri itu.
Beberapa jalan menuju ke bandar Chukai juga ditutup kepada kenderaan ringan kerana masih digenangi air.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat