Sekatan pergerakan di lapan rumah panjang di Sibu

- Advertisement -

SIBU, 9 Jan — Lapan rumah panjang di Pasai Siong dekat sini diletakkan di bawah sekatan pergerakan bermula semalam, selepas 37 kes positif COVID-19 dikesan di sebuah rumah panjang tersebut sehari sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Charles Siaw berkata sekatan dibuat di simpang jalan masuk ke Rumah Panjang Langi kira-kira 15 kilometer dari Jalan Teku Pasai Siong mulai 11.30 malam semalam.

Katanya kes pertama di kawasan itu melibatkan seorang wanita yang balik dari Johor Bahru pada 29 Dis lalu bagi menghadiri upacara pengebumian ayahnya.

“Sebaik tiba di Sibu, dia diberi pelepasan menjalani kuarantin di rumah di Pasai Siong (Rumah Panjang Langi). Swab kedua terhadapnya dijalankan pada 5 Jan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan telah didapati positif COVID-19 pada 6 Jan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Charles yang juga Residen Bahagian Sibu berkata wanita tersebut kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat