Ahmad harap Rozi dapat suntik semangat baharu Umno Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berharap dengan penggantinya Datuk Rozi Mamat dapat menyuntik semangat baharu dalam pentadbiran Umno Negeri Terengganu kelak.

Ahmad dalam kenyataan memberitahu,beliau dengan rela hati meletakkan jawatan itu sekali gus mencadangkan nama Rozi sebagai peneraju Umno Terengganu yang baharu.

“Saya Ahmad Said Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan saya telah mencadangkan Rozi Mamat, bagi mengantikan saya.

“Untuk makluman semua, keputusan yang telah saya buat ini adalah semata – mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda bagi meneraju Umno Negeri Terengganu,” jelas Ahmad.

Dalam pada itu, Ahmad merakam jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama beliau secara langsung atau tidak langsung membantu dalam tugasan sepanjang saya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

“Dengan itu juga, saya memohon kemaafan kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang pentadbiran saya di dalam Umno Negeri Terengganu.

“Saya berharap dengan pelantikan Rozi sebagai Pengerusi Perhubungan yang baru dapat menyuntik semangat baharu dalam pentadbiran Umno Negeri Terengganu nanti.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi memaklumkan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan Johor diganti berkuatkuasa serta-merta.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor yang berkuat-kuasa serta merta.

“Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Rozi Mamat yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu yang berkuat-kuasa serta merta,” katanya.

Mewakili keluarga besar Umno juga, Zahid ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ahmad Said atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin Umno Johor dan Umno Terengganu selama ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat