Tahap kebolehjangkitan Omicron tinggi tapi kurang bahaya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Varian Omicron COVID-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi kurang berbahaya,” Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.

Beliau berkata demikian berdasarkan bukti awal namun beliau masih memerlukan lebih banyak data berkenaan varian Omicron berkenaan sebelum ia diklasifikasikan secara terperinci.

Anthony Fauci memeberitahu, walaupun lebih banyak data diperlukan, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen.

Katanya, lebih banyak data dijangka akan diterima pada minggu depan.

Namun rumusan muktamad akan mengambil masa beberapa minggu.

Amerika Syarikat secara berterusan menilai semula sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara selatan Afrika apabila Omicron mula dikesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat