Tiada bukti Najib terima derma Arab, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kekal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikekalkan Mahkamah Rayuan hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak rayuan Najib.

Hal demikian, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pendakwaan berjaya buktikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib.

Sekali gus, dakwaan derma dari Arab tak berasas

Abdul Karim memutuskan bahawa panel hakim bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa dakwaan pihak pembelaan Najib berhubung derma Arab adalah tidak berasas.

Beliau memutuskan bahawa tiada bukti bahawa wang itu adalah daripada keluarga diraja Arab dan sebaliknya banyak bukti menunjukkan dana itu daripada SRC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat