Maia pernah jadi mangsa gangguan seksual

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Maia Estianty mengaku pernah berdepan episod hitam apabila menjadi mangsa gangguan seksual seorang tukang kebun yang mencium bibirnya.

Maia berkata, dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang dialaminya sewaktu di bangku sekolah rendah itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Tragedi hitam yang saya tak boleh lupakan adalah menjadi mangsa gangguan seksual ketika di sekolah rendah.

“Saya pernah dicium oleh tukang kebun. Insiden yang berlaku adalah perkara yang paling buruk dan masih diingati sampai sekarang,” katanya.

Menurut bekas isteri Ahmad Dhani itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami trauma atau berlaku kejadian buruk terhadapnya.

“Masa kecil saya tidak tahu mengenai gangguan seksual. Jadi bila kejadian itu berlaku, saya seakan bingung dan tertanya-tanya kenapa dia mencium saya.

“Saya bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku atau mengalami trauma. Cuma kejadian itu sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat