CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sudha Devi KR Vasudevan atas pelantikan sebagai Pengerusi Yayasan Komanwel.
Melalui kenyataan melalui facebooknya, Hisham berkata perlantikan Dr Sudha ini adalah satu kebanggaan kepada negara kerana buat kali pertama wakil Malaysia dan Rantau Asia diberi kepercayaan mengetuai Yayasan Komanwel semenjak penubuhannya pada tahun 1966.
“Saya, Warga Wisma Putra serta seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan perlantikan ini,
“Inilah kali pertama pertama wakil Malaysia dan Rantau Asia diberi kepercayaan mengetuai Yayasan Komanwel semenjak penubuhanpada tahun 1966,” kata beliau.
Ujar Hisham lagi, pencapaian besar ini bukan sahaja mencerminkan penghormatan dunia kepada Malaysia, malah membuktikan keupayaan wanita negara.
Dalam kenyataan Kementerian Luar hari ini, Dr Sudha dilantik setelah menewaskan calon dari Cameron, Kenya dan Papua New Guinea dalam pemilihan yang telah diadakan. Keputusan pemilihan Dr Sudha telah disahkan oleh Ketua Kerajaan Komanwel pada 07 Disember, semalam.
Dr Sudha adalah bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia dan Duta Malaysia ke Republik Federatif Brazil. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Diplomatik di Jerman, Singapura dan Switzerland.
Di dalam negara, Dr Sudha telah berkhidmat pelbagai jawatan di Kementerian Luar Negeri, Ketua Umum Jabatan Perancangan dan Penyelarasan Dasar bahagian Asia Timur dan Timbalan Ketua Pengarah untuk Seketeriat Nasional Asean-Malaysia.
Yayasan Komanwel kini di anggotai oleh 49 negara anggota, dan ditubuhkan oleh ketua-ketua negara komanwel. -SuaraTV