Pelaksanaan Saringan COVID-19 Di Dua Penempatan UNCHR Di Labuan Sukar

- Advertisement -

LABUAN: Petugas-petugas kesihatan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas saringan dan pengesanan kontak rapat COVID-19 di dua penempatan Pelarian yang diiktiraf Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) di Labuan, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata, penduduk di kawasan yang padat di Kampung Muslim dan perkampungan air Kiamsam, yang didiami pelarian daripada Filipina dan pendatang asing lain, menguncikan diri di dalam rumah ataupun melarikan diri apabila melihat kakitangan kesihatan.

“Kehadiran kami tidak dimahukan. Penduduk di sana mengelak dan larikan diri, ada yang lari gunakan bot, ada yang sembunyi di bawah rumah, ada yang lari ke dalam hutan.

“Situasi ini membantutkan usaha kami mengesan kes yang belum direkodkan,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Bagaimanapun, walaupun tanpa kerjasama daripada penduduk, beberapa kakitangan kesihatan diketuai Ismuni meneruskan pengesan kes aktif dua minggu lepas, hanya untuk melihat timbulnya beberapa kes positif di penempatan itu tidak lama kemudian.

Dr Ismini bercakap mengenai kemungkinan untuk mendapatkan bantuan polis mengiringi kakitangan kesihatan, untuk sampai kepada penduduk di sana.

Labuan menyaksikan penurunan jumlah kes beberapa hari lepas, dengan kluster seperti Sky Coklat, Saguking, Titian dan Tenaga, menunjukkan penurunan besar dalam kes baru. Hari ini pulau itu merekodkan lima kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,404.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat