Mahdzir cadang guna AI, peperiksaan nasional sebelum SPM bagi perkasa sistem pendidikan negara

KUALA LUMPUR, — Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan supaya kaedah pengajaran guru diperkasakan melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), di samping mengembalikan satu bentuk peperiksaan nasional sebelum SPM bagi menilai prestasi menyeluruh pelajar.

Menurut beliau, sistem pendidikan negara berada pada landasan yang baik, namun kaedah pengajaran perlu bergerak seiring kemajuan teknologi agar kekal relevan dan berkesan.

“Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu, kita telah meletakkan asas yang kukuh dalam sistem pendidikan negara. Namun dengan adanya AI, kaedah dan pendekatan pengajaran guru perlu disesuaikan agar lebih relevan dan berkesan,” katanya.

Mahdzir berkata demikian ketika menjadi ahli panel Program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 1.0 (RIMBUN 1.0) 2025: Reformasi Sistem Pendidikan dalam Era AI dan Pemerkasaan Institusi Guru, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam.

Mengulas isu peperiksaan sekolah, Mahdzir menyokong cadangan untuk mengembalikan peperiksaan peringkat nasional seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi menjaga standard pencapaian pelajar.

Beliau menegaskan bahawa meskipun Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan kokurikulum memberi nilai tambahan, masih perlu ada satu peperiksaan peringkat kebangsaan antara Tahun Satu hingga Tingkatan Empat untuk menilai kemampuan keseluruhan pelajar.

“Penilaian sekolah dan kokurikulum memang penting, tetapi saya percaya perlu ada sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional untuk menilai prestasi keseluruhan pelajar,” katanya.

Program RIMBUN 1.0 dianjurkan Pemuda UMNO dan turut menampilkan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang yang juga bekas guru, Datuk Mohd Sharizal Semsuddin sebagai ahli panel.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat