LPP nafi mengeluarkan surat pelantikan vendor

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat pelantikan vendor palsu yang menggunakan nama, logo serta tandatangan pegawai dari Ibu Pejabat LPP seperti yang tular baru-baru ini.

Dalam kenyataannya LPP menegaskan bahawa surat berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh agensi ini dan mengandung maklumat yang tidak sah serta direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“LPP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau urus niaga yang berlaku akibat tindakan mempercayai dokumen palsu tersebut, ”kata kenyataan itu.

Katanya, orang ramai, usahawan dan mana-mana pihak yang menerima surat atau komunikasi mencurigakan, dinasihatkan agar segera merujuk dan mengesahkan kesahihan maklumat dengan Pejabat LPP berhampiran atau melalui saluran rasmi agensi.

Ujarnya, LPP memandang serius penyalahgunaan nama dan logo agensi serta akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“LPP turut menasihatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang dokumen atau tawaran yang meragukan menggunakan nama rasmi LPP,”tambah kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : www.lpp.gov.my atau e-mel: [email protected]. my. atau menghubungi Ibu Pejabat Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, No. 20 Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur di talian 03-2610 9600. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat