RM505 juta boleh bina hospital baru, KJ, Adham atau apa yang salah? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerugian kerajaan berjumlah RM505 juta membabitkan perolehan 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tempoh, 104 daripada 136 ventilator rosak dan lebihan bekalan PPE tidak wajar didiamkan sebaliknya ia perlu dipertanggungjawabkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menyifatkan, ketirisan ini melampau dan cuai.

“Laporan PAC berkaitan ketirisan 8.5juta dos vaksin Covid-19 pada Parlimen nanti diharap tidak melepaskan batuk di tangga. Mana boleh pembaziran RM 505 juta tidak dipertangungjawabkan. Ini termasuk Ventilator tidak diguna dan lebihan pembelian alat PPE. Ia mampu membina satu hospital baru.

“Ketirisan ini melampau. Kenapa beli lebih. Siapa pula yang untung? Apakah ini bukti Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha (KSU), Menteri dan Perdana Menteri ketika itu cuai,” katanya.

ADUN Rengit itu menegaskan, beliau tidak mahu rakyat tertipu.

“Ada yang disanjung jadi hero, diberi gelaran dan pujian. Rupanya palsu.

“PAC mesti telus dan menyeluruh,” katanya.

Dalam laporan PAC menyaksikan kerajaan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca daripada kurang permintaan dan kelewatan negara menerima vaksin tersebut.

PAC turut mendapati kerajaan tidak boleh mendapatkan ganti rugi terhadap perolehan 104 daripada 136 ventilator rosak yang diterima KKM pada tahun 2020.

Selain itu, laporan PAC turut mendedahkan berlaku lebihan bekalan PPE dipesan selain kira-kira 850,000 penutup but bernilai RM927,000 akan mencapai tarikh luputnya menjelang akhir 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat