Fazura melancarkan produk terbaru “TRULLYCAFFE”

- Advertisement -

Terkini selebriti dan usahawan, nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan pangilan Faz telah melancarkan produk terbaru kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly.

Majlis pelancaran telah berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota yang dihadiri oleh ahli keluarga Faz, rakan artis, agen FAZURA dan rakan media hari ini.

TrullyCaffe yang rendah kalori dan tiada gula, didatangkan dalam dua perisa Caffe Latte dan Buttercream Latte. TrullyCaffe diperkayakan dengan ekstrak ekstrak Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang dilaporkan berpotensi membantu penjagaan berat badan.

Faz yang tidak asing lagi di dalam perniagaan produk gaya hidup sihat berasa teruja dengan penawaran baharu syarikat melalui produk TrullyCaffe tersebut.

“Faz sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih 5 tahun lepas dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga MilikSemua.

Faz sendiri menggunakan TrullyCaffe disamping mengekalkan gaya hidup sihat dalam mencapai penampilan fizikal yang diinginkan.”

Selain itu, antara soalan yang diutarakan semasa perlancaran rasmi TrullyCaffe adalah berkenaan perkembangan terkinin karier seni Faz.

“Alhamdulillah, Faz sedang sibuk di dalam penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan 2024 dan berharap drama ini dapat memenuhi permintaan para peminat lakonan Faz setelah sekian lama.

Memang kadang-kadang ianya mencabar dalam menguruskan keluarga, kerjaya dan perniagaan dalam masa yang sama tetapi Faz sangat bersyukur kerana masih mampu melaksanakan semuanya dengan baik, berkat doa dan sokongan ramai. Dalam kesibukan itu juga tercetus idea slogan TrullyDolly iaitu “Trully jadi”.”

TrullyCaffe boleh diminum oleh kaum wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan penjagaan berat badan. Setiap paket TrullyCaffe mempunyai 7 sachet bagi program 7 hari diet dengan harga MilikSemua RM47. TrullyCaffe boleh dibeli daripada stokis dan agen FAZURA yang sah, di kedai FAZURA dan melalui aplikasi mudah alih FAZURA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat