Ahli Parlimen Gua Musang ditawar wang lumayan, dakwa Bersatu Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, dari Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi dikatakan sebelum ini mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan oleh ‘broker’ politik.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, ketika mendedahkan perkara itu, berkata tawaran wang berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Azizi pada Sabtu lalu.

“Pada Sabtu lalu ketika kita mengadakan mesyuarat Bersatu negeri, beliau (Mohd Azizi) hadir dan memaklumkan ada broker politik menawarkan sejumlah wang yang lumayan serta lain-lain manfaat sekiranya membuat kenyataan menyokong Perdana Menteri.

“Beliau mengatakan sudah menolak kesemua tawaran berkenaan dan kami mengucapkan tahniah kepada beliau atas penolakan berkenaan,” lapor BH di Kota Bharu pada Rabu.

Kamaruddin berkata, beliau terkejut malam tadi apabila Mohd Azizi bertindak sebaliknya dengan membuat kenyataan menerusi Facebook menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

“Saya segera cuba menghubungi beliau namun tidak berjaya kerana kedua-dua telefon bimbit miliknya dimatikan.

“Justeru, saya menyerahkan kepada kepimpinan Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi mendakwa, keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.

Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini selepas dua Ahli Parlimen Bersatu masing-masing dari Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, masing-masing melakukan perkara sama sebelum ini.

Bagaimanapun, pada PRU15, Mohd Azizi bertanding menggunakan logo PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat