Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat agak ketara pada Isnin berikutan laporan pekerjaan terkini Amerika Syarikat (AS).

Beliau menjangkakan pasaran berkemungkinan akan menilai semula pendirian masa hadapan Rizab Persekutuan AS susulan sasaran menuju inflasi dua peratus mungkin mengambil masa untuk dicapai.

Ini juga termasuk tarikh penting seperti kemungkinan penutupan kerajaan AS pada 17 Nov, katanya.

“Oleh itu, kemungkinan mod menghindari risiko dalam tempoh terdekat juga boleh memacu permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Ketika penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia turun berbanding yen Jepun kepada 3.1045/1087 daripada 3.1026/1061 ketika ditutup pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.9917/9981 daripada 4.9863/9916 tetapi mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7321/7394 daripada 5.7415/7476.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4493/4540 daripada 3.4444/4483 pada Selasa dan menyusut berbanding bhat Thai kepada 13.1453/1670 daripada 13.1154/1346 sebelum itu.

Ia turut turun berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.37 daripada 8.31/8.33 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 298.9/299.5 daripada 298.4/298.9 ketika ditutup pada Selasa. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat