‘Man United Diatur Untuk Gagal’ – Solskjaer

- Advertisement -

London: Ole Gunnar Solskjaer mengkritik susunan jadual Liga Perdana Inggeris apabila menyatakan pasukannya ‘diatur untuk meraih kegagalan’ selepas Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Everton 3-1 semalam.

Pemain terbaik perlawanan, Bruno Fernandes menjaringkan dua gol manakala Bernard meletakkan Everton di depan sebelum Edinson Cavani meledak gol pertama untuk United sekali gus melegakan Solskjaer.

United yang sebelum sepak mula menduduki tangga ke-15 liga, mempamerkan peningkatan selepas tewas kepada Arsenal dan dimalukan oleh Istanbul Basaksehir pada saingan Liga Juara-Juara.

Solskjaer memuji barisan pemainnya selepas tamat perlawanan namun berang dengan pengurusan liga kerana mengatur perlawanan United seawal hari Sabtu selepas mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara.

“Kami diatur untuk gagal,” kata pengendali dari Norway itu kepada BT Sport.

“Sepak mula perlawanan itu jelas mahu menggagalkan kami. Kami berkunjung ke Turki dan mengharungi banyak perlawanan musim ini dan kemudian pulang pada Khamis pagi sebelum turun beraksi hari Sabtu tengahari.

“Barisan pemain berhak menerima pujian. Luke Shaw mengalami kecederaan kerana jadual padat ini. Ia adalah kecederaan hamstring yang mungkin mengambil masa untuk pulih dan Marcus Rashford juga bergelut.

“Pihak berkuasa mengatur kami untuk gagal. Siapa yang perlu bertanggungjawab? Mental dan fizikal pemain sangat penat ketika tempoh pandemik ini.

“Sepatutnya beri kami peluang beraksi pada Ahad. Perkara ini sangat kelakar.” – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat