Kembalikan jawatan PM jika tidak mampu – Ahli MT UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin memulangkan jawatan Perdana Menteri kepada Yang Di Pertuan Agong sekiranya berkeras mahu membawa Pakatan Harapan ke dalam kerajaan.

Razlan berkata demikian ketika mengulas saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin, yang mahu membawa pembangkang di dalam setiap perbincangan ekonomi. 

“Sekiranya Tan Sri Muhyddin berkeras mahu membawa PH ke dalam Kerajaan semula, seeloknya dipulangkan semula jawatan Perdana Menteri itu kepada DYMM Yang Di-pertuan Agong.” tegas Razlan kepada dalam mesej kepada SuaraTV paga ini. 

Menurut Razlan langkah membawa Pakatan Harapan (PH) ke dalam kancah kerajaan adalah satu langkah kebelakang dan bakal membawa negara kembali ke zaman gelap 22 bulan sebelum ini.

“Sudah banyak kemusnahan ekonomi telah dibuat oleh mereka sebelum ini. Ekonomi tidak bergerak, projek banyak dibatal, kalau nak sambung pun perlu jumpa Menteri Kewangan, banyak rasuah berjalan sehingga tak sempat SPRM nak siasat. Negara luar tak yakin dengan Malaysia kerana tender-tender besar dibatalkan oleh Kerajaan PH. Ahli Kerajaan PH pada ketika itu mentadbir negara dengan perasaan membalas dendam, ” tegas Razlan lagi.

Razlan menyifatkan usaha mempelawa pembangkang mungkin menunjukkan kebaikan serta kemurnian hati, namun memerlukan penelitian lanjut.

“Saya harap kerajaan tidak sewenang-wenangnya menggunakan perkataan “Demi Rakyat” semata-mata mahu menunjukkan keutamaan kepada rakyat takut ianya boleh menjurus kepada “Membelakangkan Rakyat”

Ahli MT UMNO itu juga berharap, kerajaan Perikatan Nasional mengurangkan permainan politik dan terus fokus kepada kerja untuk selesaikan permasalahan ekonomi dan Covid19.

“Ahli kabinet serta kumpulan Ahli Parlimen kerajaan sudah cukup bagi membantu kerajaan Tan Sri Muhyddin mentadbir tanpa ada input dari pembangkang, terdapat lebihan Ahli Parlimen PAS, UMNO, GPS dan lain-lain, boleh sahaja digunakan didalam perancangan Kerajaan.” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat