Tiga Negeri PAS Tak Akan Bubar DUN Hingga Mac 2023- Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga negeri yang ditadbir PAS juga tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga Mac bagi menumpukan persiapan menghadapi musim tengkujuh.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan tentang pembubaran DUN dalam tempoh terdekat.

“Ini bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Pakatan Harapan (PH) telah membangkitkan ketetapan sama yakni tiga negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika PRU15 diadakan tahun ini.

Hal ini kerana fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri itu kini adalah untuk menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat