Tak menang tangan jawab call, Shahidan suruh teks adu jalan berlubang di KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tidak sampai 24 jam berkongsi nombor telefon peribadi di Dewan Rakyat semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu beliau menerima beratus panggilan telefon sehingga tidak menang tangan untuk melayan semua panggilan yang masuk.

Berdepan situasi ‘kalut’ itu Shahidan mengubah taktikal aduan daripada panggilan telefon kepada pesanan teks.

“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu.

“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Semalam, Shahidan berjanji laporan jalan rosak yang diterima akan diambil tindakan dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.

Shahidan turut berkongsi nombor telefon timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Nombor telefon itu adalah seperti berikut:

Shahidan: 0194545111
Jalaluddin: 0196524444
Mahadi: 0162068883

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat