“Mati sebab denggi lebih ramai berbanding Covid-19” – MB Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor menyatakan adalah tidak wajar meletakkan beban kesalahan kepada kerajaan negeri atas lonjakan kes Covid-19 di negeri jelapang padi itu memandangkan jangkitan di luar jangkaan.

Beliau berkata demikian susulan Kedah mencatatkan 153 kes baru semalam dan majoritinya dikesan di penjara Alor Setar.

“Kluster Tembok ni, orang kata Kedah tak pandai buat kerjalah, apa. Kita nak buat macam mana? Benda tu nak mai. Benda tu tak nampak.

“Kita bukan nak dosa apa. Dia (Covid-19) pandemik dan ada orang mati lebih banyak denggi, malaria, H1N1, taun, TB (batuk kering)…dan apa lagi yang tidak ada ubat nak merawatnya pun.

“Lama-kelamaan kita kena terima Covid-19 ni ada di sekitar kita dan kita menimbulkan stigma yang berlebihan,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

ADUN Jeneri itu memberitahu, kini persepsi masyarakat beranggapan kononnya pesakit Covid-19 dilihat seperti orang yang melakukan dosa walaupun mereka tidak melakukan apa-apa apabila dijangkiti.

Tambahnya, pesakit HIV/AIDS juga telah diterima oleh masyarakat walaupun mereka kemungkinan dijangkiti disebabkan aktiviti yang tidak bermoral.

“Pandangan awam sekarang seolah-olah orang yang positif Covid buat dosa dan patut dikecam, termasuk menteri agama pun orang kecam…bukan dosa apa, dia terkena.

“Siapa pun yang minta kena Covid? Tuan-tuan pun tak minta. Kalau di kalangan tuan-tuan ni ada yang kena Covid, bukan kehendak kita.

“Kita buat kerja, tiba-tiba terkena kepada pandemik. Ini bukan Aids atau HIV (yang mana) antara penularan HIV ni (dari) seks songsang. Ini haram, tak boleh, dosa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat