“Ini masanya PAS jalin hubungan erat dengan kaum dan etnik di Sabah” – Abdul Hadi

UMNO Sabah Sokong Gencatan Politik -Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyokong langkah gencatan politik oleh UMNO Pusat bagi membolehkan tumpuan diberi kepada usaha menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Pengerusi Badan...

Mesyuarat Khas Kabinet Pagi Ini, Bincang Rombakan Kabinet?

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. Kenderaan Perdana...

Hembus Nafas Kesan Covid-19

Singapura: Penyelidik di Singapura membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit. National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang...

MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal...

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

KUALA LUMPUR – Pelantikan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai ADUN Sabah dilihat membuka lembaran baharu kepada PAS Sabah bagi menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Sabah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesungguhnya keberadaan PAS di Sabah sejak lebih 35 tahun adalah bukti kesungguhan PAS dalam usaha memperkukuh perpaduan, menyemarak pendidikan dan membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri, Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan untuk melantik Aliakbar sebagai ADUN Sabah (dilantik).

“Kepada Aliakbar dan PAS Sabah, semoga kalian diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melaksanakan tanggungjawab ini demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara,” pesan Abdul Hadi.

Aliakbar antara empat ahli politik yang mengangkat sumpah sebagai ADUN dilantik, hari ini.

Pelantikan itu menjadikan Aliakbar sebagai pemimpin pertama PAS Sabah menjadi ADUN di negeri itu.

Tiga lagi yang dilantik ialah Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi; Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir; dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam.

Semua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama lima menteri dan 18 pembantu menteri di Istana Negeri, hari ini.

Berikutan pelantikan itu, Aliakbar, 49, yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah pemimpin PAS pertama di Sabah menjadi ADUN di negeri itu.

Beliau yang berasal dari Kampung Kota Ayangan, Keningau sebelum ini adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Selain memegang jawatan Setiausaha PAS negeri, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan