Anwar mengadap Agong Selasa depan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setelah sekian lama menunggu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan.

Dalam satu kenyataan media, Presiden PKR itu mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.

Anwar berkata pada majlis mengadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang disebutkan sebelum ini.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Pada 23 September lepas, Anwar memberitahu bahawa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa (22 Sept) jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beberapa jam selepas pengumuman Anwar itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sokongan kepada kerajaan PN hanyalah sokongan daripada ahli-ahli parlimen parti itu.

Namun, ahli-ahli parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan kepada Anwar menafikan perkara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat