Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi lega PKP tidak dilaksana kali ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menghargai keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Sebaliknya, tetapi mengambl tindakan secara kawalan setempat melalui sekatan pergerakan bagi kawasan-kawasan tertentu terutamanya di daerah yang berada dalam kategori zon merah yang kebanyakannya berada di Sabah.

Penghargaan ini dizahirkan oleh Menteri Medac, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyambut baik keputusan kerajaan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung tindakan kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara tetapi mengambl tindakan secara kawalan setempat melalui sekatan pergerakan bagi kawasan-kawasan tertentu terutamanya di Daerah yang berada dalam kategori zon merah yang kebanyakannya berada di Negeri Sabah.

“Melihat kepada keadaan semasa untuk memulihkan kembali ekonomi, negara tidak lagi boleh berhadapan dengan pelaksanaan PKP kerana proses pemulihan yang telah dimulakan sejak bulan Mei dan Jun yang lepas dengan suntikan dana oleh pihak kerajaan melalui Penjana 1 dan 2 perlu digerakkan secara berterusan.

“ Kerajaan juga ingin melihat hasil ataupun impak daripada sumbangan yang diberikan melalui Penjana dan Prihatin dan jika kerajaan bertindak untuk menguatkuasakan semula PKP di seluruh negara makanya dikhuatiri segala apa yang dirancangkan akan lenyap begitu sahaja.

“Saya masih ingat apa yang disebut oleh Perdana Menteri pada 4 Mei yang lepas iaitu kerajaan bakal kehilangan sebanyak 2.4 billion sehari kesan daripada pelaksanaan PKP dan perkara ini mesti dielakkan daripada berulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, walaubagaimanapun, MEDAC berharap agar pihak peniaga dapat mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan masyarakat umum juga dapat mematuhi SOP yang telah digariskan jika tidak mahu ‘abah rotan lagi’ demi kebaikan seluruh negara dan keluarga kita semua.

“MEDAC melalui agensinya sedang rancak menjalankan latihan secara “coaching” bagi meningkatkan motivasi PKS untuk terus menjalankan perniagaan mereka walaupun berhadapan dalam situasi yang tidak menentu kesan daripada penularan wabak Covid-19.

“Semua agensi di bawah MEDAC telah dan sedang melaksanakan program dan aktiviti bagi menggalakkan ekonomi dalam semua bidang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat