Maszlee Gembira Bina McD Di Simpang Renggam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menzahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana usahanya mewujudkan restoran makanan segera McDonald’s di Simpang Renggam, Johor direalisasikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, pembukaan McDonald’s tersebut diharap menjadi salah satu punca pekerjaan untuk anak tempatan dan membuat kitaran ekonomi setempat bergerak dengan lebih baik.

“Papan tanda telah dibawa naik dan proses pembinaan akan berjalan. ‘Outlet’ ini dijangka siap pada hujung tahun,” katanya di Facebook.

Maszlee memaklumkan sebelum ini beliau bertemu dengan Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar pada penghujung tahun 2019.

Katanya, pertemuan itu bagi mengadakan usahasama dengan syarikat tersebut dan membangunkan sebuah restoran makanan segera McDonald di Simpang Renggam.

“Semalam, saya dimaklumkan bahawa tapak ‘outlet’ McDonald telah pun disediakan di sini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat