Bantuan tunai bukan strategi tunggal kerajaan tangani kos sara hidup rakyat

KUALA LUMPUR – Bantuan tunai langsung sememangnya satu langkah intervensi jangka pendek yang penting untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, namun ia bukanlah semata-mata strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 (RMK13) kerajaan turut merangka pelbagai strategi dan inisiatif yang lebih bersepadu dan menyeluruh untuk membina daya tahan ekonomi secara mampan.

Menurut beliau, reformasi ini digerakkan melalui beberapa inisiatif utama berdasarkan tiga teras Kerangka Ekonomi Madani, iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan tatakelola baik.

“Strategi menaikkan siling merujuk kepada usaha merancakkan dan menyusun semula ekonomi negara agar lebih kompetitif di peringkat global dengan beralih daripada kepada ekonomi yang dipacu oleh teknologi tinggi, inovasi dan produktiviti.

“Strategi menaikkan lantai pula merujuk kepada usaha memastikan tiada rakyat yang tercicir dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang adil dan saksama. Ini
termasuklah pendidikan, kesihatan dan bantuan bersasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Selain itu, tumpuan akan turut diberi kepada tatakelola baik dengan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam bagi membina keyakinan rakyat dan memastikan sumber negara diuruskan dengan berhemat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat