SPRM Hampir Selesai Siasat Senarai Nama Dalam Lejar UKSB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka selesai menyiasat semua senarai individu yang dinamakan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dalam tempoh terdekat ini.

Nama-nama dalam buku lejar UKSB itu merupakan bahan bukti dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah memanggil hampir semua individu dinamakan dalam lejar terbabit, setakat ini.

“Saya menjangkakan dalam tempoh terdekat, kertas siasatan akan disiapkan oleh pegawai saya.

“Saya tidak tahu bila (kertas siasatan akan dilengkapkan) tetapi dalam tempoh terdekat,” katanya lapor Astro Awani di Putrajaya pada Khamis.

Jelasnya lagi, ia akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan ditetapkan keputusan berhubungnya.

Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan nama beberapa individu tersenarai dalam buku lejar tersebut yang didakwa membabitkan sumbangan politik.

Antara nama yang tersenarai termasuklah Ahmad Zahid, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Shahril Sufian Hamdan.

Turut tersenarai antaranya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat