Muhyiddin Lega PAS Tidak Bersama UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) berasa lega apabila sekutunya, PAS tidak mengadakan rundingan rasmi dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak lagi khuatir apabila PAS memaklumkan tiada sebarang kemajuan dicapai hasil perbincangan tidak rasmi antara PAS dan UMNO.

“Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengambil maklum penjelasan PAS bahawa tiada rundingan rasmi dibuat antara PAS dan UMNO bagi menghadapi PRU-15.

“Perbincangan adalah secara tidak rasmi dan tidak melibatkan pucuk pimpinan parti.

“Bahkan tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan ini setelah UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam PRU-15,” kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Bukan cuma itu, beliau yang juga Presiden Bersatu memberitahu, PAS juga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti- parti anggota dalam PN.

Semalam, Majlis Tertinggi PN bermesyuarat dan Muhyiddin menuntut penjelasan daripada pimpinan PAS berhubung keputusan dan tindakan parti itu meneruskan kerjasama serta mengadakan ‘rundingan tidak rasmi’ dengan UMNO.

Muhyiddin berkata, tindakan pimpinan PAS menjalankan rundingan dengan UMNO mengenai kerjasama dalam PRU-15 tidak dimaklumkan kepada PN.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahukan penjelasan PAS dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PN malam tadi kerana beliau berpandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menjadi musuh yang ditentang gabungan itu dalam PRU-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat