DEB hanya berjaya dalam bidang pelajaran, ekonomi Melayu tak jadi seperti dirancang – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya berjaya dalam bidang pelajaran namun dalam bidang ekonomi pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang.

Tegas Tun Dr Mahathir, hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak.

“Jika hari ini terdapat ramai juga ahli professional Melayu, sebabnya ialah kerana mereka mendapat biasiswa atau pinjaman.

“Penuntut Melayu tidak perlu serba salah kerana ramainya penuntut Melayu yang dapat biasiswa.

“Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu,” jelas bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mahathir, terdapat ramai penuntut Melayu yang rasa serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan DEB terhadap bukan Melayu.

“Dalam agihan biasiswa umpamanya dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.

“Benarkah DEB tidak adil kepada bukan Melayu. Untuk menentukan DEB adil atau tidak, kita perlu rujuk kepada sejarah singkat negara.

“Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti,” jelasnya.

Beliau berkata, hanya dalam universiti tempatan milik kerajaan sahaja yang penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu.

“Hampir semua dari mereka dapat ke universiti kerana diberi biasiswa. Jika tidak jumlah mereka akan amat berkurangan.

“Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi. Ada sebilangan yang sedikit sahaja Melayu yang mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti,” ujarnya.

DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.

Matlamat tersurat DEB untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata iaitu
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Juga mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.

Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat