Najib Tak Layak Mohon Pengampunan, Ada Empat Lagi Kes Mahkamah Belum Selesai – Tommy Thomas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak layak mengemukakan permohonan pengampunan pada ketika ini memandangkan beliau masih mempunyai kes jenayah lain yan sedang diadili di mahkamah.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, Najib mempunyai empat lagi kes yang belum selesai, dua daripadanya semakin hampir penghujungnya. Membabitkan perbicaraan pinda laporan audit 1MDB hampir selesai. Dan kes pendakwaan Tanore kini pada separuh jalan. Dua lagi belum bermula (kes pengubahan wang haram SRC RM27 juta dan kes pecah amanah jenayah IPIC RM6.6 juta).

Beliau berkata, jika anda seorang banduan, dan memohon pengampunan, anda tidak boleh mempunyai kes jenayah lain.

“Dalam semua kes ini, pihak pendakwaan mempunyai kes yang sangat kuat.

“Saya jangkakan dia akan diminta untuk membela diri. Saya juga jangkakan Najib akan didapati bersalah.

“Jadi anda tidak boleh layan pengampunan untuk kesalahan nombor satu sedangkan anda mempunyai empat lagi kes yang belum selesai.

“Jadi tidak mungkin dari segi undang-undang untuk dia mengemukakan permohonannya sekarang. Cuma tidak boleh dari sisi undang-undang. Malah mengemukakan permohonan pada masa ini juga tidak layak,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.

Tommy memaklumkan, pengampunan di Malaysia dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan adalah berbahaya untuk membandingkannya dengan negara lain, kerana ia adalah mekanisme Malaysia yang unik.

“Terdapat Lembaga Pengampunan di semua negeri yang dipengerusikan oleh Raja-raja Melayu. Kita hanya perlu fokus kepada Wilayah Persekutuan kerana mahkamah yang berkaitan adalah Mahkamah Jalan Duta. Jadi Lembaga Pengampunan WP dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan menteri WP adalah ahlinya. Begitu juga AG dengan tiga atau empat anggota masyarakat sivil.

“Jadi pada asasnya, setiap mereka yang telah dibicarakan di mahkamah KL berada di bawah Lembaga Pengampunan KL. Terdapat kira-kira 50,000 banduan di penjara kita – banduan yang disabitkan kesalahan.

“Kesemua 50,000 daripada mereka berhak memohon pengampunan, di bawah Perkara 42. Terdapat masalah praktikal: kerana jika 50,000 memohon, Lembaga Pengampunan akan runtuh, mereka tidak dapat menampung permohonan sebegitu banyak. Jadi, terdapat proses yang dibina dan diikuti selama beberapa dekad sejak Merdeka. Pada asasnya, anda perlu menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara sebelum boleh memohon.

“Saya fikir ia lebih kepada konvensyen. Jika tidak, akan terdapat terlalu banyak permohonan. Ia hanya praktikal. Setiap banduan hendaklah dilayan sama rata. Lembaga Pengampunan WP bermesyuarat tiga atau empat kali setahun secara tradisinya. Setiap kali mereka bermesyuarat, mereka mempertimbangkan kira-kira 10 permohonan,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, jadi katakan pada setiap tahun, mereka mempunyai 50 permohonan oleh 50 banduan.

” Jadi masalah pertama ialah bagaimana anda menjadi salah seorang daripada 50 itu. Anda tidak boleh melompat giliran. Ada masa menunggu.

“Najib perlu menunggu giliran, jika tidak anda tidak adil kepada banduan lain, yang telah menunggu selama bertahun-tahun sebelum mengemukakan permohonan mereka.

Mari kita pertimbangkan seterusnya apa yang berlaku apabila Lembaga Pengampunan bermesyuarat. Keseluruhan idea pengampunan adalah bahawa banduan mesti menunjukkan bukti, oleh itu anda perlu menjalani hukuman penjara selama tiga atau empat tahun untuk menunjukkan bahawa anda telah berubah. Anda perlu membuka lembaran baru dan tidak akan terlibat lagi dengan jenayah. Bagaimana anda membuktikannya?

“Semua banduan akan mengatakan bahawa mereka telah berubah. Kenyataan banduan tidak membawa makna kerana ia demi kepentingan diri sendiri. Jadi ia mesti disokong oleh pegawai parol, pegawai penjara, kakitangan hospital, dan pelbagai sumber bebas. Lebih banyak rujukan yang diperolehi, lebih baik kes anda. Semua rujukan mesti menunjukkan fakta bahawa anda telah berubah,” hurai beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat