50 Bas Ahli Kelab Penyokong JDT Berkonvoi Ke Stadium Bukit Jalil Sabtu Ini

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sebanyak 50 buah bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berkonvoi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan pertembungan akhir Piala FA antara skuad Harimau Selatan mementang Terengganu FC (TFC), Sabtu ini.

Presidennya, Azman A Jalil, berkata bas yang membawa kira-kira 2,000 ahli kelab itu, dijangka bergerak seawal jam 8 pagi pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan.

“Sokongan kami terhadap JDT tidak berbelah bahagi apabila konvoi akan turut disertai kira-kira 40 buah kereta ahli kelab.

“Sebanyak 50 buah bas itu tidak termasuk dengan kelab-kelab dari daerah lain di negeri ini dan jumlah penyokong yang akan ke stadium dari Johor adalah lebih ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi aksi final Piala FA, kelab sudah semestinya mengharapkan kemenangan buat JDT untuk menambah koleksi piala dan meletakkan sasaran Harimau Selatan itu menewaskan Terengganu FC sekurang-kurangnya 2-0. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat