Dua syarikat ‘orang tengah’ sudah disingkir, mampu kurangkan kos keseluruhan LCS – LTAT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Lembaga Pengarah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) membatalkan surat anugerah kontrak kepada syarikat Contraves Advance Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics (CED) bernilai RM3.4bilion akan mengurangkan kos pembinaan keseluruhan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman menyatakan, kedua-dua syarikat ini adalah ‘orang tengah’ yang kini sedang disiasat atas pelbagai dakwaan rasuah dan pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata, keputusan ini akan membolehkan BNS berunding secara terus dengan syarikat-syarikat pengeluar dan sekaligus mengurangkan kos pembinaan keseluruhan.

“Sebagai kontraktor utama projek ini, keputusan ini juga merupakan komitmen BNS untuk meneruskan projek LCS ini tanpa diselubungi oleh tindakan-tindakan korporat (corporate action) yang meragukan seperti mana sebelum ini.

“Sebagai salah satu pemegang saham BNS, LTAT akan terus mengambil langkah konkrit bagi memastikan pelaksanaan projek ini melalui proses yang telus,” kata Nazim dalam kenyataan pada Khamis.

Dengan momentum positif ini ujar beliau, tumpuan usaha kini adalah kepada proses mobilisasi supaya ia berjalan dengan lancar dan kapal ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam tempoh baru yang ditetapkan.

Nazim juga menyebut, dua peristiwa dan keputusan penting sepanjang dua minggu lalu yang telah memberi momentum positif kepada projek kapal LCS.

“Pertama, komitmen yang disampaikan oleh kerajaan Perancis kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naval Group, sebuah syarikat pegangan Kerajaan Perancis, adalah syarikat yang mereka-bentuk kapal LCS ini dan merupakan payung utama di kalangan 43 syarikat Eropah yang terlibat dalam projek ini.

“Rundingan semula dengan syarikat-syarikat ini adalah proses yang rumit yang memerlukan penglibatan hubungan antara kerajaan (G2G).

“Justeru pernyataan sokongan bahawa kejayaan projek ini menjadi keutamaan Kerajaan Perancis menandakan bahawa kesemua pihak berkepentingan kini berpadu usaha untuk memastikan LCS disiapkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat