Najib penandatangan tunggal semua transaksi, urusan bank -saksi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, hanya Datuk Seri Najib Razak boleh melakukan urusan terhadap akaun bank peribadi semasa AmIslamic milik bekas Perdana Menteri itu.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 43, yang memberikan keterangan sebagai saksi ke-37 pendakwaan, berkata demikian ketika merujuk kepada dokumen borang pembukaan akaun 211-202-200969-4.

Uma Devi berkata, menurut dokumen dirujuk pihak pendakwaan itu, penandatangan sah bagi akaun terbabit ialah Najib dan beliau juga penandatangan tunggal sah bagi cek dikeluarkan melalui akaun berkenaan.

“Ia bermaksud hanya beliau boleh menandatangani cek dan melakukan urusan menerusi akaun ini,” katanya lapor BH.

Terdahulu, Uma Devi berkata, akaun itu menerima kemasukan wang berjumlah RM60.6 juta melalui dua transaksi pada 24 Februari dan 14 Jun 2011.

Menurut Uma Devi yang merujuk dokumen penyata akaun, akaun persendirian terbabit menerima kemasukan wang RM30,449,929.97 pada 24 Februari 2011 dan RM30,179,909.46 pada 14 Jun tahun sama.

“Saya memperakui dan mengesahkan bahawa dokumen (penyata akaun) ini dicetak daripada komputer milik AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan,” katanya ketika membaca pernyataan saksi beliau.

Uma Devi memaklumkan, akaun itu dibuka pada 13 Januari 2011, dan Najib melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB), Nik Faisal Ariff Kamil, sebagai pemegang mandat akaunnya.

Melalui surat itu, Najib membenarkan Nik Faisal membuat pertanyaan terhadap status dan butiran akaun, termasuk jumlah baki serta mengesahkan cek melebihi RM250,000.

Beliau berkata, ia bermaksud pihak bank perlu mendapatkan pengesahan Nik Faisal untuk meneruskan transaksi bagi mana-mana cek melebihi jumlah berkenaan yang dikemukakan daripada akaun Najib.

Saksi itu berkata, Najib mengarahkan kedua-dua akaun ditutup melalui surat ditandatanganinya bertarikh 26 Ogos 2013 untuk perhatian Pengurus Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan.

Uma Devi berkata demikian ketika memberi keterangan terhadap Najib, 69, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat