Vaksinasi Meluas Bantu Kurangkan Kemasukan Pesakit ke PKRC – Dr Shahabuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar liputan vaksinasi yang meluas di Lembah Klang menyaksikan kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) 2.0 berkurangan sehingga 25 peratus.

Pengarah PKRC Bersepadu Maeps 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim berkata, perkembangan itu satu petanda baik dan memberi kelegaan kepada mereka yang pernah berdepan situasi peningkatan kemasukan tinggi pesakit pada Mei hingga awal Ogos lalu.

Katanya, perkembangan itu juga membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang giat dilaksanakan kerajaan membantu kepada penurunan kes kritikal.

“Alhamdulillah, kita dapat melihat program vaksinasi memang terbukti dapat mengurangkan kes kritikal bagi kategori empat dan lima dirawat dalam fasiliti kesihatan kita di Lembah Klang.

“Jika dilihat daripada aspek peratusan pesakit mengikut kategori, kita boleh lihat perubahan yang nyata kepada jumlah pesakit kategori empat yang kini hanya 117 pesakit berbanding pada awal Ogos lalu kita pernah mencapai sehingga 525 pesakit dirawat di fasiliti ini.

“Dengan pengurangan pesakit kategori empat yang dirujuk ke pusat ini, kini kita boleh menumpukan perhatian kepada pesakit kategori tiga dan dua yang berisiko dan mempunyai komorbid,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pada masa ini kadar penggunaan katil mencecah 62 peratus daripada 3, 946 jumlah keseluruhan kapasiti.

“Kita nampak ada penurunan antara 20 hingga 25 peratus berbanding pusat ini dibuka kali kedua Disember lalu.

“Jika dulu purata kemasukan ketika awal operasi mencecah antara 1,500 hingga 1,600 pesakit sehari tetapi kini hanya 400 orang sehari dan sehingga kini kita sudah merawat 151, 545 pesakit,” katanya.

Pada 6 Disember lalu, PKRC Bersepadu Maeps 2.0 diaktifkan semula berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketika itu, pengambilan pesakit Covid-19 di pusat berkenaan hanya membabitkan pesakit bukan wargananegara bagi kategori satu (tanpa gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Bagaimanapun, pusat itu dinaiktaraf kepada PKRC Bersepadu Maeps 2.0 pada 24 Januari lalu selepas mula menerima pesakit kategori tiga dan empat dengan skala sederhana. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat