Lembah Klang Beralih Ke Fasa 2 PPN Bermula Jumaat Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kawasan Lembah Klang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Program Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September (Jumaat) ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada hari Rabu pada (8 September 2021), bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2, bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 10 September 2021,” katanya.

Susulan peralihan fasa itu, MKN memberi beberapa kelonggaran kepada individu yang telah lengkap suntikan dua dos vaksin antaranya;-

• Rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin;
• Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri;
• Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;
Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; dan
• Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang telah lengkap dua dos.

“Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 PPN juga diberikan kelonggaran untuk aktiviti sukan, riadah dan rekreasi.

“Membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

“Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” katanya.

Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN dan akan berkuatkuasa pada 10 September 2021.

Manakala bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan pula akan mula dibenarkan beroperasi mulai 10 September 2021 bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

“Bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan dibenarkan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat