Mahkamah Belum Buat Keputusan Bebaskan Azeez : SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memperjelas kekeliruan berhubung kes bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim bahawa beliau belum dibebaskan daripada pertuduhan rasuah.

SPRM dalam kenyataan memberitahu keputusan mahkamah belum membebaskan Ahli Parlimen Baling itu seperti dilaporkan media sebelum ini.

“SPRM ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut hanya hujahan dan belum diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Justeru SPRM melalui kenyataannya semalam menegur laporan media yang memetik hujahan tersebut seolah-olah menggambarkan Azeez telah bebas daripada kesemua pertuduhan.

“SPRM berharap orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut yang masih dalam perbicaraan sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Abdul Azeez pada 6 Oktober depan,” tambahnya.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Oktober depan untuk mendengar balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Azeez.

Sebelum ini, Peguam bela Amer Hamzah Arshad semalam memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa laporan analisis kewangan oleh SPRM sebelum ini membebaskan Azeez daripada dakwaan rasuah.

Amer berhujah, di sebalik laporan ini, anak guamnya masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan projek jalan di Kedah dan Perak.

Azeez dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu menolak permohonannya untuk membatalkan kesemua tuduhan tersebut.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudian didengar di Mahkamah Rayuan semalam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat