Ketegangan Memuncak Antara Greece Dgn Turki

- Advertisement -

Greece berkata negara itu akan meningkatkan kekuatan ketenteraannya dengan senjata, pasukan baru, dan mengembangkan industri pertahanannya berikutan pertikaian dengan negara jiran Turki telah mencetus kebimbangan mengenai konflik terbuka antara kedua sekutu NATO itu.

Ankara kini sedang berhadapan dengan Greece dan Cyprus berhubung hak eksplorasi minyak-dan-gas di laut Mediterranean timur. Greece dan Turki telah mengerahkan tentera laut dan udara untuk mengukuhkan tuntutan bertindih mereka di rantau ini.

“Kepemimpinan Turki membuat ancaman perang, hampir setiap hari, dan membuat pernyataan provokatif terhadap Greece,” kata jurucakap kerajaan, Stelios Petsas pada hari Isnin.

“Kami bertindak balas dengan pendekatan politik, diplomatik dan operasi, serta bertekad untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk melindungi hak kedaulatan kami.”

Petsas berkata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis akan mengumumkan perincian rancangan untuk menaik taraf kelengkapan ketenteraan negara itu semasa ucapan tahunan ekonomi negara pada hari Sabtu.

“Kami berhubung dengan negara-negara sahabat untuk memperkuat peralatan angkatan bersenjata kami,” kata Petsas.

Minggu lalu, Greece mengumpulkan 2.5 bilion euro ($ 2.96bn) dalam lelongan bon ketika negara itu berusaha meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan mengumpulkan dana untuk perniagaan yang terkesan akibat wabak koronavirus.

Greek dan Turki telah 3 kali di ambang peperangan sejak pertengahan 1970-an, termasuk sekali mengenai hak eksplorasi di Laut Aegea.

Perselisihan kali ini berlaku kerana Turki menghantar kapal peneroka seismik Oruc Reis, disertai kapal perang, untuk tujuan eksplorasi minyak dan gas di kawasan antara Cyprus dan pulau Kreta, Greece yang dianggap Athens sebagai miliknya – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat