Rina Harun Berdepan Muflis – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berhadapan dengan saman muflis.

Portal twentytwo13 melaporkan perkara ini berlaku selepas beliau dikatakan berhutang dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1.9 juta.

Rina turut membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat Sarl Novovision yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.

Syarikat berkenaan kemudiannya mengeluarkan beberapa invois kepada syarikat Rina yang kini sudah tidak berfungsi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013.

Selain Rina sebagai Pengarah syarikat, seorang lagi wanita Ida Rahayu Md Noor juga salah satu pengarahnya dan telah diisytiharkan bankrup pada 5 October 2015.

Sarl Novovision, diwakili oleh Tetuan Chellam Wong iaitu rakan kongsi firma Mark Ho, berkata pihaknya dapat mengesahkan bahawa tindakan undang-undang telah diambil terhadap Menteri berkenaan dan proses saman muflis telah dimulai.

“Ada tarikh pendengaran hakim berhubung dengan saman hutang tersebut yang ditetapkan pada 9 September 2020,” tambahnya seperti dipetik portal berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat