18 Staf Dijangkiti Covid-19, KMC Ditutup Sementara Untuk Kerja Sanitasi

- Advertisement -

ALOR SETAR – Kedah Medical Centre (KMC) di sini menutup operasi selama tiga hari bermula esok bagi kerja pembersihan dan sanitasi ekoran jangkitan Covid-19 daripada Kluster Sungai membabitkan staf dan kontak mereka.

Penutupan membabitkan semua perkhidmatan pesakit dalam dan luar hospital sehingga 11 September.

Pengarah Perubatan KMC, Datuk Dr. Kamaruzzaman Ali berkata, proses pembersihan dan sanitasi dilaksanakan seluruh hospital ekoran jangkitan kes Covid-19 di hospital itu.

“Keputusan ini dicapai hasil pertemuan dengan Jabatan Kesihatan negeri.

“KMC selalu memandang serius pandemik Covid-19 dan kami mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, perkhidmatan di bahagian Kemalangan dan Kecemasan KMC dibuka untuk kes kecemasan sahaja.

“Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke KPJ Pulau Pinang atau Hospital Pakar KPJ Perlis,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan, sehingga pukul 11.25 pagi ini, sebanyak 18 kakitangan KMC dan tujuh anggota keluarga mereka dikenal pasti positif Covid-19.

“Semua 619 pekerja KMC diperiksa hari ini. KMC juga menjejaki semua staf dan kontak mereka untuk diuji dan dikuarantin,” katanya.

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa Kluster Sungai kini membabitkan 22 lagi kes dalam kalangan kakitangan KMC dan kontak mereka sejak dua kes dikenal pasti semalam.

Kluster Sungai merupakan kluster keenam yang dikesan di Kedah sejak 28 Julai lalu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat