Kempen Kebersihan Tangan: Ketua Pengarah WHO Hargai Menteri Kesihatan Malaysia

- Advertisement -

KETUA Pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam tweetnya hari ini, memanjangkan ucapan terima kasih beliau kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba di atas penyertaan beliau dalam cabaran kebersihan tangan oleh Menteri-Menteri Kesihatan Asi anjuran badan dunia tersebut.

Cabaran ini adalah bagi menyokong kempen membersihkan tangan oleh WHO bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Dalam menyahut cabaran itu, Dr. Adham berkongsi satu video dimana beliau bercakap mengenai kepentingan kebersihan tangan dan turut menunjukkan 6 langkah yang disyorkan WHO semasa membersihkan tangan.

Video itu kemudiannya dikongsi oleh Pengarah WHO Asia, Dr. Takeshi Kasai sebelum mendapat respon dari Dr. Tedros.

Tanpa kita sedari juga, 5hb Mei setiap tahun telah dipilih sebagai hari kebersihan tangan dunia sejak 2016 – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat