6 Perkara Anda Wajib Semak Sebelum Membeli Apple iPhone

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada...

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

Sebut mengenai Apple iPhone pasti yang ramai yang melabelnya sebagai sebuah telefon pintar yang premium. Hal ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai berlumba-lumba untuk memiliki model keluaran Apple ini.

Dalam pada itu, di sebalik usaha untuk mendapatkan model ini dengan harga yang rendah, terdapat segelintir pembeli yang sanggup mendapatkan model ini dengan harga yang tidak masuk akal serta terlalu rendah di Instagram dimana kebanyakannya terdiri daripada scam semata-mata. Tidak kurang juga yang tertipu dengan penjual yang menawarkan iPhone refurbish dengan harga yang baharu.

Pada kali ini, seorang pengguna Twitter iaitu @AhmatFami telah mengongsikan tips yang wajib diketahui pembeli sebelum mendapatkan iPhone. Hal ini bagi mengelakkan para pembeli menjadi mangsa scam dalam mendapatkan iPhone refurbish atau iPhone klon.

 

1. Fahami iPhone yang dijual di pasaran
iphone-11-apple-store-9902c708b8ef49a8bc363a8906cd5dae

SUMBER: LIFEWIRE

Berdasarkan perkongsian, difahamkan terdapat tiga jenis iPhone yang terjual di pasaran merangkumi pelbagai model. Tiga jenis iPhone yang dimaksudkan terdiri daripada iPhone set baharu, terpakai dan refurbished. Model refurbished merujuk kepada iPhone yang pernah dibaiki komponen dalamnya sebelum dijual semula di pasaran.

2. Perbezaan New set dan telco set

Sekiranya anda kerap survery iPhone di pasaran, kami yakin anda pernah menjumpai dua terma ini. New set merujuk kepada model iPhone yang belum pernah dibukak plastik dan kotaknya. Model ini juga tidak terikat kepada mana-mana kontrak telco.

Berbeza pula dengan iPhone telco set dimana model ini terikat dengan kontrak telco selama 12 atau 24 bulan. Perkara ini perlu diketahui bagi mengelakkan daripada masalah melibatkan pemilik akaun telco yang mungkin akan memberi kesan kepada iPhone yang digunakan.

3. Perbezaan iPhone yang dibeli daripada pengedar rasmi Apple berbanding pihak ketiga
https___specials-images.forbesimg.com_imageserve_41658898_0x0

SUMBER: FORBES

Di Malaysia, para pengguna berpeluang mendapatkan iPhone daripada pengedar rasmi Apple yang terdiri daripada Machines dan Switch. Selain itu, terdapat juga pihak ketiga daripada daripada para seller yang turut menawarkannya.

Sebelum anda membeli sesebuah iPhone, pastikan anda semak dahulu sama ada model yang dibeli adalah local set atau import set. Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah serta masih boleh dibaki dibawah tempoh waranti.

Apa yang perlu dipastikan anda pastikan model tersebut tidak terikut dibawah mana-mana telco keluaran luar negara yang mungkin akan memberi masalah buat pemilik iPhone.

4. Semakan sebelum membeli iPhone terpakai

iPhone terpakai atau secondhand masih lagi mempunyai harga pasaran yang baik berikutan jumlah peminatnya yang ramai. Model ini menjadi sasaran buat mereka yang tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan sesebuah iPhone.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang perlu disemak sebelum membeli iPhone terpakai.

 

Menurut AhmadFami, perkara penting yang perlu disemak adalah apakah iPhone tersebut pernah dibaiki mahupun tidak. Sekiranya model tersebut pernah mengalami kerosakan akibat pernah memasuki air atau kerosakan komponen utama, elakkan.

Hal ini kerana terdapat beberapa set yang pernah dibaiki dijual dengan harga yang lebih rendah terdiri daripada unit persendirian serta import set. Selain itu, kerosakan pada komponen utama dikhuatiri dapat memberi kesan semasa penggunaan kelak meskipun sudah dibaiki.

5. Perkara yang perlu disemak sebelum mendapatkan iPhone refurbished
322411_092414-cc-iphone-bends6

SUMBER: ABC7 NEWS

Difahamkan terdapat dua set iPhone refurbished yang ditawarkan penjual terdiri daripada iPhone refurbished by Apple dan iPhone refurbished by China. Sering kali di Malaysia para penjual akan menawarkan iPhone refurbished by China berbanding iPhone refurbished by Apple.

Iphone refurbished ini adalah phone yg pernah rosak kemudian dibaiki semula sebelum dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding iPhone baharu.

Adakah iPhone refurbished perlu dielakkan? Menurut Ahmad Fami, semuanya bergantung kepada para pembeli.

Dalam pada itu, adalah lebih baik sekiranya pembeli membuat semakan terlebih dahulu kerana terdapat penjual yang tidak mahu bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada iPhone. Para pengguna juga disarankan menyemak maklum balas pembeli yang mendapatkan iPhone di kedai berkenaan.

6. Cara semak kondisi iPhone

Screenshot 2020-09-07 at 3.11.17 PM

Perkara pertama yang perlu disemak adalah kemampuan iPhone yang mengesan simkad. Seterusnya, pembeli perlu menyemak keadaan kamera hadapan dan belakang serta mencuba mode yang tersedia.

Pembeli juga perlu membuat pemeriksaan bateri dimana para pengguna boleh menyemaknya dengan klik settings kemudian battery health. Kemudian, semak pula bahagian speaker yang terletak pada bahagian bawah dan microphone.

Sekiranya semua berfungsi dengan baik, semak pula keadaan 3D touch atau Face ID. Anda juga disarankan untuk menekan beberapa bahagian pada skrin untuk menyemak sensitiviti skrin pada sentuhan. Seterusnya, pastikan iPhone tersebut tidak mempunyai masalah untuk mengakses iMessage, Wi-Fi serta Bluetoth.

Untuk lebih kepuasan, anda juga boleh cuba untuk membuat panggilan video, goncangkan iPhone untuk mengesan sebarang bunyi pada bahagian dalam. Anda juga disarakan untuk format iPhone sekali lagi untuk mengelakkan sebarang isu melibatkan Apple ID pemilik lain.

The Vocket

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...