Hanya atas faktor kerja – PU Riz

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...

PENDAKWAH dan pelakon PU Riz Ismail melahirkan perasaan gembiranya apabila bakal menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti tempatan.

Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang  kini menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah di Wangsa Maju, berkata dia gembira sekiranya dapat berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

“Kalau boleh, apa salahnya saya jadi cikgu. Bagus sekiranya ilmu yang ada pada saya dapat dikongsikan dengan anak murid.

“Orang yang baik adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Ada pelajar-pelajar saya yang minat dengan Islam dah sekarang.

“Ada juga orang India yang nak masuk Islam dan saya rasa berbangga dengan perkara itu,” katanya yang ditemui pada sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Dosa yang turut menampilkan pelakon Wanna Ali, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha.

Menurutnya, dia tidak menafikan menerima usikan beberapa pelajar wanita pada hari pertama mengajar dan baginya ia perkara biasa.

“Adalah sikit-sikit tapi bukan itu yang saya cari. Soal kacak itu bukan membawa ke mana pun.

“Kalau nak kata, mungkin boleh buat pelajar fokus terhadap kelas saya, maka okaylah,” katanya.

Ditanya lagi berkenaan hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa, Riz berkata ia hanya atas dasar kerja semata-mata.

“Saya dah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

“Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, seringkali dia memberitahu kepada umum bahawa Neelofa hanyalah rakan kerja tanpa membabitkan perkara lain.

“Saya hanya mahu sampaikan dakwah, tidak lebih daripada itu. Sama-samalah kita berdoa agar diberikan jodoh yang baik.

“Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita.

“Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Kemana-mana berdua pun atas faktor kerja. Kami dah lama buat kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara ini perlu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik.

“Untuk tahun ini saja kami dah kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas.

“InsyaAllah kami akan menubuhkan yayasan pula selepas ini. Kalau warganet nak cakap apa, saya tiada kuasa untuk halang. Saya cuma nak berdakwah untuk akhirat saya.

“Mengulas soalan Lofa ada ciri-ciri wanita idaman, apa yang boleh dikata, saya menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya. Bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita diluar sana yang menutup aurat dengan baik amat saya hargai,” katanya yang berhasrat mengumpul  saham akhirat

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak...

Nizam kuarantin dua minggu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin. Dalam perkongsian menerusi...

Tak sorok nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya. Sebelum ini, desas-desus yang...