Bung Gesa Rakyat Sabah Ubah Balik

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Dato Seri Bung Mokhtar Radin menggesa rakyat Sabah mengundi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Ini adalah peluang rakyat Sabah ubah balik kerana tersalah memilih pada PRU14 lepas.

“Kita perlu tebus maruah BN, jika dulu salah ubah, kita ubah balik pada 26 September ini.

“Rakyat Sabah sudah ditipu Pakatan Harapan (PH), ditipu parti Warisan, mereka menjanjikan dengan janji-janji manifesto yang penuh dengan penipuan”, kata Bung di Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional, di Sutera Harbour, disini.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi BN, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Dato Seri Utama Mohamad b Hasan, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, kepimpinan komponen BN Sabah, Naib-Naib Presiden UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri BN serta para penyokong BN.

Pada majlis itu juga, Bung menggesa jentera parti BN seluruh Sabah bersatu hati jika mahu menang pada PRN ini. Jika berpecah belah peluang BN untuk merampas kembali kerajaan dari Warisan tidak akan berjaya.

Disamping itu, Bung berharap selepas pengumuman senarai calon, mereka-mereka yang tidak tercalong tidak lesu, merajuk dan mengambil keputusan luar jangka.

“Politik hari ini sukar diramal, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

“Tidak ada rugi jika kita bersatu padu, tidak ada untung jika kita berpecah belah”, ujarnya.

Beliau berharap semua jentera BN persiapkan diri, kerana musuh politik datang bermacam-macam, ada yang datang dari dalam dan luar.

“BN akan membuat tawaran baru kepada rakyat Sabah pada PRN kali ini, dan kita akan pastikan tawaran ini akan dilaksanakan jika BN menang pada 26 September ini.

“Bukan macam Warisan dan PH yang selalu menipu”, katanya. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat