Peguam Dakwa Anak Bongsu Bekas Presiden Morsi, Mati Dibunuh

- Advertisement -

KAHERAH: Peguam bagi keluarga bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi berkata, mereka memperoleh maklumat yang menunjukkan bahawa anak bongsu Allayarham dibunuh oleh “bahan maut” dan bukan serangan jantung seperti yang didakwa pihak berkuasa sebelumnya.

Abdullah Morsi, 25, meninggal setahun yang lalu pada 4 September di sebuah hospital di Giza, barat daya ibu kota Mesir Kaherah – sebulan selepas kematian bapanya dalam penjara.

Satu laporan oleh kerajaan pada ketika itu menyatakan bahawa Abdullah sedang memandu keretanya ketika dia mengalami kekejangan secara tiba-tiba, dan dia segera dibawa ke sebuah hospital, tetapi doktor tidak dapat memulihkannya kembali.

Beberapa laman berita tempatan melaporkan tidak wujud kecurigaan jenayah dalam kes tersebut, berikutan sejarah yang menunjukkan anak Morsi itu telah mengalami beberapa masalah kesihatan sebelumnya, dan dia berasa sedih dib atas kematian ayahnya sebelum ini.

Mohamed Morsi, presiden pertama yang dipilih secara demokratik di Mesir, meninggal pada 17 Jun 2019, setelah bertahun-tahun di penjara sementara menunggu perbicaraan atas tuduhan yang mana dia dan pemerhati undang-undang mendakwa sebagai bermotifkan politik.

Dia digulingkan dalam rampasan ketenteraan 2013 yang dilakukan oleh Presiden sekarang, Abdel Fattah el-Sisi setelah setahun berkuasa – AL Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat