Lima Adun Bersatu Menghadap Sultan Johor, Ikrar Setia Kepada Kerajaan PN

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh mengesahkan beliau dan empat lagi ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.

Empat ADUN berkenaan ialah ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari, ADUN Endau, Alwiyah Talib dan ADUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad.

Che Zakaria berkata, pertemuan yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, itu bertujuan menyembah maklum kesetiaan mereka kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Kami berlima memohon menghadap Sultan Ibrahiim dan tuanku berkenan untuk menerima kami menghadap baginda.

“Dalam pertemuan itu, kami menyatakan kepada baginda bahawa kami menyokong kerajaan sedia ada dan tidak berubah arah kepada parti lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sidang DUN Johor selama dua hari dijadualkan pada Khamis dan Ahad depan, menjadi tumpuan kerana pelbagai desas- desus timbul termasuk kemungkinan kewujudan ADUN Bebas berikutan tindakan Datuk Osman Sapian pada PRK Slim baru- baru ini.

Kedudukan PN dan PH tipis di mana PN memiliki 29 kerusi manakala pembangkang, 27 kerusi.

Pecahan kerusi bagi PN iaitu UMNO (14) Bersatu (12), MIC (2) dan Pas (1) manakala PH dimana DAP (14), Amanah (9) dan PKR (4).

Seandainya terdapat seorang ADUN beralih arah kepada pembangkang, kedudukan DUN Johor akan tergantung iaitu PN dan PH memiliki jumlah kerusi DUN yang sama iaitu 28- 28. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat