100 Jangkitan Covid-19 Hari Ini, 62 Kes Libatkan OKT Di Sabah – KKM

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...

PUTRAJAYA – Kes baharu COVID-19 hari ini kembali meningkat kepada tiga angka iaitu 100 kes dengan 85 kes membabitkan penularan tempatan manakala 15 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu penularan tempatan, 62 kes dikesan dalam Kluster Lahad Datu (LD) manakala 23 kes dikesan dalam Kluster Sungai.

Justeru, katanya, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 9,559 kes dengan jumlah kes aktif 295 kes.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes pulih pula, terdapat 12 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih di negara ini sebanyak 9,136 kes.

“Kluster LD yang mencatatkan 62 kes baharu itu, 37 kes membabitkan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu manakala 25 kes lagi membabitkan OKT di Penjara Tawau.

“Bagi 23 kes dalam Kluster Sungai pula, 22 kes membabitkan individu di Kedah dan seorang di Perlis. Memperincikan mengenai kes baharu dalam kluster ini, seramai 16 petugas kesihatan termasuk seorang daripadanya (petugas kesihatan) menjangkiti tujuh ahli keluarganya yang lain.

“Secara keseluruhannya, penularan tempatan ini membabitkan 55 rakyat Malaysia dan 30 warga asing,” katanya dalam sidang media COVID-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi kes import mendapat jangkitan dari luar negara, Dr Noor Hisham berkata ia membabitkan dua rakyat Malaysia dan 13 warga asing.

“Terdapat 11 kes mendapat jangkitan dari India, dua kes dari Indonesia dan masing-masing satu kes dari Pakistan dan Filipina. Sehingga kini seramai tujuh individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Bagi kes pulih, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 12 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini sebanyak 9,136 kes bersamaan 95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian hari ini dan jumlahnya kekal 128 kes bersamaan 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...