Bersatu Jeli tak lumpuh, tiada cawangan bubar – Kamaruddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu Kelantan menepis dakwaan Bahagian Jeli lumpuh selepas lebih 1,000 ahlinya keluar parti semalam.

Ketuanya, Kamaruddin Md Noor berkata Bersatu Jeli tidak terjejas dengan pengumuman itu kerana hanya segelintir yang keluar parti, bukannya lebih 1,000 ahli seperti didakwa.

Beliau mendakwa kumpulan ahli mengadakan sidang media semalam, majoritinya penyokong Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang berpaling tadah.

“Buang masa saja layan gimik mereka yang dikenal pasti penyokong Zahari. Buat sidang media pun di pejabat Ahli Parlimen Jeli.

“Boleh saja sebut ribu-ribu, namun yang hadir puluhan ahli saja. Bahagian Jeli ada 60 cawangan berdaftar, tiada cawangan bubar.

“Ketua cawangan atau mana-mana ahli tidak ada kuasa untuk bubar cawangan. Kuasa itu hanya ada pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan presiden parti, lapor FMT di Gua Musang.

Adun Ayer Lanas di bawah Parlimen Jeli itu berkata, gimik berkenaan bertujuan melemahkan petugas parti menjelang PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Mereka nak ambil kesempatan untuk dilihat sebagai berjasa kepada Umno, mereka datang dari Umno, kepada Umno mereka kembali.

Semalam, lapan ketua cawangan dan 18 Srikandi Jeli dilaporkan meletak jawatan dan keluar parti bersama 1,000 ahlinya menyebabkan Bersatu Jeli lumpuh serta-merta.

Jurucakap Bersatu Jeli, Rodzi Muhammad yang juga bekas timbalan ketua cawangan Kedai Kuala Balah, berkata tindakan itu kerana mereka kecewa dengan percaturan politik pimpinan Bersatu di peringkat pusat dan negeri yang dilihat begitu lemah.

Katanya, ia dapat dilihat dalam urusan menentukan calon PRK Nenggiri yang terpaksa diimport dari PAS.

Tindakan itu menyusul penyertaan 480 ahli Bersatu Gua Musang dalam Umno minggu lalu yang melumpuhkan 12 cawangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat